Monday, 20 March 2017

review kajian di kg tehel

Kami telah memilih Kampung Tehel di Melaka untuk menjalankan kajian pelancongan berasaskan komuniti (CBT). Kampung Tehel dibuka pada tahun 1808 oleh empat orang keluarga berketurunan bugis bernama Mampek, Montok, Sakah dan Sabih. Mereka datang melalui muara Sungai Duyung, Kandang, Bukit Lintang dan Tanjung Labuh (Tehel). Penempatan penduduk pada masa itu di Gapam, Pengkalan Badak, Parit Lampong, Lesong Batu, Tanjung Laboh dan Bukit Tinggi (Bukit Cermin). Mereka menjalankan kegiatan menanam padi, berkebun, menternak dan menanam teh. Pada tahun 1880, Sidang Ismail bin Senin telah dilantik mengetuai masyarakat (adat). Seterusnya pada tahun 1882, Imam Maalim bin Jaafar mengetuai syarak kepada 38 keluarga pada masa itu. Nama Kampung Tehel berasal dari sebutan orang putih “Tea Hill” iaitu Bukit Tinggi ditanam teh. Orang melayu pula menyebut Teh Hel. Keluarga Bugis ini dikebumikan di Lesong Batu dan Kandang (Bukit Jinjing).
Berlatarbelakang zaman silam yang menarik sekaligus menjadikan Kampung Tehel ini sebuah Kampung yang unik. Pada tahun 2016 Kampung ini diketuai oleh En Rahim Bin Hj Selamat. Rakyat berbangsa Melayu, Cina dan India dan banyak lagi kumpulan etnik lain telah hidup bersama-sama di Kampung Tehel sejak bergenerasi lamanya. Antara salah satu sumber menarik yang terdapat diKampung Tehel ialah Masjid lama Kampung Tehel. Ia merupakan tapak warisan sejarah yang telah diwartakan oleh PERZIM. Satu lagi tarikan pelancong khususnya pelancongan sejarah untuk pengkaji dan pengemar warisan. Sungai Tehel juga menjadi nadi bagi penduduk setempat melampias hobi memancing apabila berkelapangan. Banyak hidupan akuatik yang menghuni di sungai ini dan menjadi santapan penduduk setempat serta yang berhampiran. Antaranya ialah Lampam, keli, ikan sembilang dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment